SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK KEMUMIN 2015


Bersempena kelahiran junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w), yang telah mencorakkan perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat arab khususnya dan masyarakat dunia umumnya, dari diselubungi kegelapan kepada cahaya yang terang, gilang gemilang. Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan diperingkat sekolah. Pada tahun ini majlis ini akan diadakan pada hari Isnin 19 Januari 2015 bersamaan 28 Rabiulawal 1436H. Majlis ini akan dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua guru dan pelajar bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w). di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah (s.a.w).

No comments:

Post a Comment