MAJLIS BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA
TARIKH : 25 JULAI 2013
TEMPAT : SK KEMUMIN



IHYA' RAMADHAN

PERASMIAN DAN PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2013
Tarikh : 10 JULAI 2013
Tempat  : SK KEMUMIN


Tarikh      :Sepanjang Bulan Ramadhan 1434H
Hari             :Hari Ahad hingga Khamis
Masa           :7.45 pagi – 1.15 tengahari
Tempat        :Dewan Sri Kemumin

KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid dan guru SK Kemumin.


 MATLAMAT
Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1434H ini dijalankan adalah untuk:
1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

OBJEKTIF

1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
7 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di bulan ramadhan.

 STRATEGI PERLAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :
1 Tadarus Al-Quran dan Solat Zohor
2 Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
3 Tazkirah Ramadhan
4 Kutipan Derma / Galakan Bersedekah
5 Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat
6 Kuiz Ramadhan
7 Majlis Khatam Al Quran
8 Majlis Iftar Jamai’e (Berbuka Puasa)
9 Pertandingan Menulis Kata-kata Hikmat 

Maklumat Lanjut .........

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

MASA : 8.00 Pagi

TEMPAT: DEWAN LAMA SK KEMUMIN

TARGET : Semua pelajar Tahun 6

OBJEKTIF;

1. Mendedahkan murid kepada bentuk soalan peperiksaan sebenar
2. Murid dapat memahami soalan dan boleh menjawab dengan kaedah yang betul