PERASMIAN DAN PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2013
Tarikh : 10 JULAI 2013
Tempat : SK KEMUMIN
OBJEKTIF
Maklumat Lanjut .........
Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1434H
Hari :Hari Ahad hingga Khamis
Masa :7.45 pagi – 1.15 tengahari
Tempat :Dewan Sri Kemumin
KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan semua murid dan
guru SK Kemumin.
MATLAMAT
Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1434H ini
dijalankan adalah untuk:
1 Melahirkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2 Memupuk semangat setia kawan dan
berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin
yang tinggi.
3 Meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.
OBJEKTIF
1 Melatih murid
agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
2 Melahirkan murid
yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai
aktiviti dalam kumpulan.
3 Untuk meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah dan memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam.
4 Memupuk semangat
bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
5 Membentuk pelajar
yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
6 Murid-murid dapat
melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
7 Sebagai satu
medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal
di bulan ramadhan.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Diantara aktiviti
yang diadakan ialah :
1 Tadarus Al-Quran
dan Solat Zohor
2 Memperdengarkan
Al-Quran/Zikir/Nasyid
3 Tazkirah Ramadhan
4 Kutipan Derma /
Galakan Bersedekah
5 Majlis Bacaan
Yassin dan Solat Hajat
6 Kuiz Ramadhan
7 Majlis Khatam Al
Quran
8 Majlis Iftar
Jamai’e (Berbuka Puasa)
9
Pertandingan Menulis Kata-kata Hikmat
No comments:
Post a Comment